Saturday, 28 January 2012

Mendidik permata hati

Rasulullah S.A.W. telah menggariskan empat tahap mendidik anak iaitu:
Tahap Pertama: Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (enam tahun ) hendakkah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana haiwan menjaga anak.
Tahap Kedua:   Anak berumur tujuh tahun sehingga baligh(14 tahun)hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, disiplin dan beri tanggungjawab.
Tahap Ketiga:  Anak berumur 15 tahun hingga dewasa (21 tahun ) hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi yang tidak bertentangan dengan syariat.
Tahap Keempat: Anak berumur lebih 21 tahun. Hendaklah para ibu bapa memberikan kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat.Ibu bapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakkan mereka terkawal.
sumber lanjut:anak yang pintar

tabiat makan

 Amalan pemakanan seharian kita perlu diubah agar dapat meningkatkan taraf kesihatan dengan pemakanan yang sihat berteraskan faham halalan tayyiban.
1. Orang yang makan sampai habis tidak tinggal sedikit pun makanan walau sebutir nasi di pinggannya
    = cermat, tertib, tidak boros.
2. Orang yang makan tetapi di pinggannya masih terdapat sisa makanan dan banyak makanannya yang   tidak habis dimakan
    = boros, tidak berapa peka, kurang teliti.
3. Orang yang suka makan daging putih (ayam dll)
    = sabar, tidak suka marah.
4. Orang yang suka makan daging merah (kambing, lembu dll)
    =suka marah, tidak dapat mengawal diri.
5. 80% penyakit berpunca daripada makan.
6. Orang perempuan lebih peka soal makan berbanding lelaki. Atas faktor itu, perempuan lebih panjang umur berbanding lelaki (asbab)
7. Nabi kunyah 40 kali ketika makan.
8. Makanan boleh jadi racun dan boleh jadi ubat. Makan sesuatu makanan hendaklah berpada-pada.
9. Makan yang terbaik adalah sebelum maghrib ketika matahari masih ada.
10. Jangan makan terlalu kenyang kerana nisbah makanan dalam perut adalah 1/3 sahaja. Perut perlu menampung 1/3 makanan, 1/3 air dan 1/3 udara.
11. Tidak baik jika makan tengah malam. Nabi jika lapar tengah malam, nabi minum susu panas.
12. Jangan makan buah selepas makan. Makan buah sebelum makan kerana dapat membantu penghadaman.
13. Makan sewaktu lapar, berhenti sebelum kenyang.
14. Elok makan berjemaah kerana hidayah Tuhan turun mencurah-curah.
15. Di tangan kanan kita mengandungi 18 enzim penghadaman. Jadi makanlah menggunakan tangan.
16. Minum sejam sebelum makan dan sejam selepas makan.
17. Makan hanya 1 lauk saja. Jika makan ikan, ikan saja. Jangan campur ikan, daging, ayam dsb.
 sumber : tabiat makan

Ibu..Ibu...Oh Ibu...

Alangkah bertuahnya seorang Ibu itu apabila anak-anaknya sangat menyayanginya,
menghormatinya dan menghargainya.Tiada yang lain lebih berharga dan menyentuh hati melainkan ibu.
Hargai masa yang ada bersama ibu sebelum peluang itu pergi.

7 lubang ajaib di Dunia...yang sungguh unik.

Banyak perkara yang menkajubkan di Dunia ini. Inilah besarnya Kekuasaan Allah SWT.lihatlah daripada sumber menarik ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...